Berikan Penghormatan Terbaik:

Upah Haji Naufal Ya Jannah untuk Mewakili Ahli Keluarga Anda di Tanah Suci.

Laksanakan ibadah haji untuk ahli keluarga yang telah tiada dan sempurnakan perjalanan suci mereka dengan perkhidmatan upah haji terbaik dari Naufal Ya Jannah Resources.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!”

Siapa Naufal Ya Jannah (NYJ)?

Sejak tahun 2015, Naufal Ya Jannah Resources telah berdedikasi dalam melaksanakan tanggung jawab dan amanah badal haji. Ribuan perkhidmatan badal haji telah dilakukan oleh kami, dan kami merasa terhormat untuk dapat membantu ahli keluarga yang ingin mewakili arwah mereka menunaikan ibadah haji di Tanah Suci. Sebagai penyedia layanan badal haji yang terpercaya, kami memastikan bahwa setiap perjalanan badal haji yang kami laksanakan berjalan lancar dan amanah, dengan memperhatikan kebutuhan dan harapan dari setiap keluarga yang mempercayakan kami untuk mewakili arwah mereka di Tanah Suci.

Testimoni Badal Haji Terdahulu

Pakej Badal Haji Yang Terbaik

Pelaksanaan

  • Upah Haji akan dilaksanakan oleh Ustaz, Tahfiz, Mutawif, Haji & Hajah yang menetap di Kota Mekah yang berpengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji setiap tahun..
  • Sijil dan juga cenderahati akan diberi setelah selesai pelaksanaan haji, selewatnya 60 hari dari tempoh pelaksanaan.
  • Sebarang pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan proses penghantaran sijil dan cenderahati.
  • Pihak pengurusan akan menghantar sijil dan juga cenderahati melalui kurier sekiranya waris diluar kawasan pihak pengurusan.

Cara Tempahan

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap
  • Bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya bersama borang yang telah lengkap diisi
  • Bayaran untuk Upah Haji seorang RM2,200 meliputi 1 Haji + 1 Umrah + Tahlil dan Doa di Masjidilharam + Sijil daripada Pihak Mekah + Hadiah iringan daripada NYJ. Sekiranya Pengupah dikenakan DAM, Pihak NYJ akan bertanggungjawab melunaskan DAM tesebut agar mendapat HAJI YANG MABRUR – In Syaa Allah
  • Bayaran untuk Upah Umrah seorang RM500.
  • Resit bayaran akan diberi.

SYARAT TERMA DAN PEMULANGAN WANG

  • Pemulangan wang akan dilakukan berdasarkan pada perkara-perkara yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pihak pelanggan.

    • Pewaris / Pemohon ingin menarik diri dari menggunakan perkhidmatan NYJ.
    • Pemohon / Pewaris yang ingin menuntut pemulangan perlu melampirkan BORANG RASMI PENDAFTARAN dan RESIT PEMBAYARAN NYJ, ini bertujuan untuk tindakan syarikat selanjutnya
    • Setiap tuntutan pemulangan wang akan ditolak 30% dari jumlah pembayaran yang telah dibuat.
    • Jumlah yang ditolak adalah melibatkan kos pengurusan antara syarikat NYJ dengan wakil syarikat muasasah di Saudi yang melibatkan pelbagai kos urusan antara dua negara.
    • Proses pemulangan wang akan diproses dalam tempah (30) hari dari tarikh tuntutan dibuat.

Isi Borang Tempahan

Soalan Lazim

JAWAPAN :-
Dalilnya sangat banyak, salah satunya hadis Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka amalannya telah terputus melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang selalu berdoa untuknya. (riwayat Muslim)
Setelah mengumpulkan pelbagai dalil dalam perkara ini, Imam al-Syafii merumuskan: “Akan sampai kepada mayat daripada amalan orang lain tiga perkara, haji yang dilakukan untuknya, harta yang disedekahkan atau dibayarkan (hutang) untuknya dan doa. Aku mengatakan ini kerana berdalil dengan sunnah dalam perkara haji. Dan umrah serupa dengannya secara qiyas.” Daripada ucapan Imam Al-Syafii di atas, badal haji yang dilakukan untuk arwah, insya-Allah pahalanya akan sampai kepada arwah.

JAWAPAN :-
Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat upah haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai upah haji untuknya.
Dari Ibnu Abbas r.anhuma berkata bahawa seorang wanita dari kabilah Juhainah bertemu Nabi S.A.W. dan bertanya, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi S.A.W. menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

HUBUNGI KAMI

Kami bersedia untuk dihubungi

Address

Hours