PRIVACY POLICY (POLISI PRIVASI)

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana Naufal Ya Jannah Resources (002246228-U) mengumpulkan, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi pelanggan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA).

    • Maklumat yang Kami Kumpul
      Kami mengumpul maklumat berikut apabila pelanggan menggunakan perkhidmatan kami:
      • Nama penuh pelanggan & nama arwah
      • Nombor telefon & alamat emel
      • Alamat surat-menyurat
      • Bukti bayaran
      • Maklumat penghantaran sijil / laporan ibadah
      • Maklumat tambahan yang diberi oleh pelanggan untuk tujuan pelaksanaan ibadah

    • Tujuan Penggunaan Maklumat
      Maklumat yang dikumpulkan akan digunakan untuk:
      • Mengurus pendaftaran Upah Haji, Badal Haji, Badal Umrah, Qurban, Aqiqah, Waqaf dan Pelaksanaan lain
      • Menghubungi pelanggan untuk pengesahan maklumat
      • Menghantar sijil, laporan dan bukti pelaksanaan ibadah
      • Tujuan rekod syarikat
      • Respon kepada pertanyaan pelanggan
      • Urusan audit syarikat dan keselamatan transaksi
      Kami tidak menjual, berkongsi atau mendedahkan maklumat pelanggan kepada pihak luar tanpa kebenaran rasmi.

    • Perlindungan Data
      Kami menjaga kerahsiaan data pelanggan melalui:
      • Akses terhad hanya kepada petugas yang diberi kebenaran
      • Penyimpanan data dalam sistem yang selamat
      • Larangan kepada kakitangan untuk menyalahgunakan maklumat pelanggan

    • Pendedahan Kepada Pihak Ketiga
      Maklumat pelanggan hanya akan dikongsi dengan:
      • Mutawwif / wakil pelaksana ibadah di Tanah Suci
      • Penyedia perkhidmatan pos / kurier
      • Pihak berkuasa jika diminta mengikut undang-undang
      Tiada maklumat pelanggan dijual kepada mana-mana pihak lain.

    • Hak Pelanggan
      Pelanggan berhak untuk:
      • Meminta pembetulan maklumat jika ada kesilapan
      • Meminta penjelasan bagaimana data digunakan
      • Meminta penghapusan data selepas proses selesai (atas permohonan rasmi)

    • Perubahan Polisi
      Kami berhak mengemaskini Polisi Privasi ini pada bila-bila masa tanpa notis.

    • Persetujuan
      Dengan menggunakan perkhidmatan Naufal Ya Jannah Resources, pelanggan dianggap bersetuju dengan Polisi Privasi ini.

REFUND POLICY (POLISI PEMULANGAN / BAYARAN BALIK)

Polisi ini menerangkan syarat pembayaran balik bagi perkhidmatan Upah Haji, Badal Haji, Badal Umrah, dan Waqaf.

    • Tiada Refund Selepas Pelaksanaan Bermula
      Tiada bayaran balik diberikan selepas ibadah dimulakan, contohnya:
      • Mutawwif telah diarahkan melaksanakan Haji/Umrah
      • Pendaftaran telah dihantar ke wakil kami NYJ Mekah
      • Penyediaan sijil sedang diproses
      Ini kerana kos pengurusan telah pun dikeluarkan.

    • Refund Sebelum Pelaksanaan
      Refund dibenarkan jika pelanggan membatalkan sebelum proses dimulakan.
      Bayaran akan dipulangkan 80% daripada jumlah yang dibayar.
      (20% adalah kos pengurusan & pemprosesan.)

    • Kesilapan Maklumat Arwah/Pelanggan
      Jika pelanggan tersilap memberi nama arwah, ejaan, tarikh atau maklumat lain:
      • Tidak layak refund
      • Tetapi boleh betulkan maklumat tanpa caj tambahan sebelum pelaksanaan

    • Isu Pos / Penghantaran Sijil
      Jika sijil hilang atau rosak:
      • Kami tiada salinan kerana sijil hanya keluar SEKALI sahaja dari Pihak Mekah

    • Pembayaran Tidak Lengkap
      Jika pelanggan bayar deposit sahaja tetapi tidak lengkapkan bayaran:
      • Pendaftaran tidak diproses
      • Deposit Akan dipulangkan

    • Cara Menuntut Refund
      Hubungi:
      📞 019-281 9505 / 019-276 9505
      📧 naufal_yajannah@yahoo.com

DISCLAIMER (PENAFIAN)

Laman web ini disediakan oleh Naufal Ya Jannah Resources sebagai platform rasmi maklumat dan pendaftaran perkhidmatan.

    • Ketepatan Maklumat
      Kami berusaha memberikan maklumat yang tepat, Namun demikian, maklumat boleh berubah dari masa ke semasa.

    • Bukti Pelaksanaan Ibadah
      Bukti seperti:
      • Video
      • Gambar
      • Sijil
      • Laporan daripada Petugas
      adalah berdasarkan kemampuan petugas serta keadaan di Tanah Suci.
      Ada masa dan situasi tertentu di mana rakaman tidak dibenarkan atau tidak sesuai.

    • Bahan Rujukan Agama
      Segala rujukan hukum, dalil atau penjelasan ibadah diberikan secara umum.
      Pelanggan digalakkan merujuk ustaz atau pihak berautoriti untuk kefahaman lebih mendalam.

    • Pautan Luar
      Kami tidak bertanggungjawab atas laman luar yang berpaut dari website ini.

    • Had Tanggungjawab
      Kami tidak bertanggungjawab atas:
      • Kerugian kewangan tidak langsung
      • Salah tafsir pelanggan
      • Kerosakan teknikal sistem
      • Kelewatan pos atas pemasalahan courier

    • Perubahan Penafian
      Syarikat berhak mengemas kini penafian bila-bila masa.